Friday, August 20, 2010

Selamat Datang ke Blog ini





Selamat Datang ke blog Sehati Sejiwa Berkasih Mesra.Ini adalah blog untuk tugasan Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM 1053) Universiti Utara Malaysia tahun 2010.Blog ini membincangkan tentang Budaya Perkahwinan Bangsa Cina di Malaysia .



Pengenalan




Apa itu PERKAHWINAN?


Mungkin anda telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai.
Perkahwinan adalah hasil daripada percintaan. Namun begitu, ada sesetengahnya tidak mempunyai keyakinan untuk mengakhiri percintaan ke jinjang pelamin. Timbul perasaan ragu-ragu dan pelbagai persoalan kerana memikirkan alam rumah tangga penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sebagai bakal mempelai, anda perlu mengetahui beberapa jawapan yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Kami di SEHATI SEJIWA BERKASIH MESRA ingin berkongsi tentang adat resam perkahwinan bangsa Cina di Malaysia.


Sejarah Perkahwinan







Dalam pemikiran Cina tradisional, orang-orang dalam masyarakat "primitif" tidak berkahwin. Mereka dianggap seperti sama dengan haiwan-haiwan yang lain, dan tidak mempunyai konsep yang tepat terhadap keibuan, kebapaan, adik-beradik, suami dan isteri, serta jantina, apa lagi tentang penjodohan dan upacara perkahwinan. Sebahagian daripada "misi peradaban" Konfusianisme adalah untuk mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan konsep bapa atau suami, serta untuk mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga.


Persediaan Pengantin Lelaki Sebelum Berkahwin (persetujuan)






Pengantin lelaki akan mendapatkan persetujuan untuk berkahwin daripada ibu bapa pihak perempuan. kedua-dua pihak ibu bapa akan berbincang tentang jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai untuk kahwin. Pihak lelaki akan mengambil gambar perkahwinan bersama pengantin perempuan.





Sebelum kahwin, pengantin lelaki juga akan membeli baju perkahwinan bersama pengantin perempuan. Selepas itu, pengantin lelaki akan menyediakan kad jemputan untuk menjemput semua pihak untuk menghadiri hari perkahwinan.

Persiapan Pengantin Perempuan Sebelum Berkahwin (bertunang)







Bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk upacara bertukar cincin , pemberian hantaran dan mas kahwin dilakukan.Apabila gadis bersetuju kertas merah (nyen-sang) yang tertulis nama gadis,tarikh lahir dan umur akan diserahkan.



Tukang tilik akan menghitung masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah (nyik-kor) iaitu adat-adat yang perlu diikuti dan diberikan kepada bakal pengantin.Hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain ,wang tunai dan mas kahwin.


Persiapan Pengantin Perempuan Sebelum Berkahwin (merisik dan meminang)













Merisik

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati dan mengenali nama , keturunan , peribadi, watak dan tingkah laku si gadis.
Masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran sambil makan bersama untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga.


Meminang

Setelah proses merisik,seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi proses meminang dan berbincang dengan ibu pengantin perempuan berkenaan jumlah mas kahwin,peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.

Persiapan Semasa Hari Perkahwinan

Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan menjemput pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina juga, upacara minum teh sangat penting dan masih diamalkan. Upacara minum teh ini diadakan pada hari perkahwinan sahaja . Tujuannya ialah untuk merapatkan hubungan di antara kedua pasangan pengantin. Serta memperkenalkan saudara mara kepada pengantin .
Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.



Persiapan Selepas Hari Perkahwinan





Bagi masyarakat cina , perkara yang perlu dilakukan selepas hari perkahwinan ialah pengantin lelaki akan memberikan anak babi panggang kepada keluarga pengantin perempuan untuk diagihkan kepada anak saudara yang lain.

Seorang wanita yang sah menjadi isteri harus mematuhi beberapa peraturan. Isteri terikat dengan keluarga suami. Oleh hal yang demikian, peraturan yang dikenakan perlu dipatuhi. Antara peraturannya, isteri tidak boleh keluar dari rumah mahupun untuk menziarahi keluarga selagi tidak mendapat keizinan suami. Selain itu, isteri juga perlu melayan suami dengan menjaga makan minum dan sebagainya dengan baik.

Pantang Larang Perkahwinan Masyarakat Cina





Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah.

Masyarakat cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas.Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih,merah atau kuning.Warna hitam,biru dan kelabu adalah dilarang kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Perubahan Adat Merentasi Zaman





Bentuk perkahwinan dahulu bersifat eksplisit yang memerlukan ibu bapa mereka menentukan pasangan hidup masing-masing.Tukang risik menjadi penghubung merapatkan jurang keluarga kedua belah pihak.Tetapi sekarang mereka bebas memilih pasangan hidup yang mereka cintai.


Status perkahwinan menurut Maharaja dinasti lampau boleh memiliki beribu-ribu gundik,tetapi sekarang kerajaan menetapkan hanya seorang atau dua isteri sahaja bagi setiap perkahwinan.


Dahulunya tanda hadiah berupa barang kemas dan makanan diberikan kepada pihak perempuan berdasarkan kekayaan pihak lelaki,manakala sekarang hanya cincin diberikan.


Manusia sudah mencipta pelbagai rekaan baju pengantin yang kreatif berbanding zaman dahulu, rekaan tradisional sahaja.

Wednesday, August 18, 2010

Kesimpulan

Laman Blog Sehati Sejiwa Berkasih Mesra pasti yakin kepada bakal pengantin baru sering mencari-cari rujukan untuk pengetahuan tentang alam perkahwinan yang mendatang.Dengan adanya ruangan blog ini,kamu semua tidak akan ketinggalan untuk mengetahui informasi-informasi menarik tentang alam perkahwinan. Kepada semua harap berpuas hati dan sentiasa menyokong kami di SEHATI SEJIWA BERKASIH MESRA.

Flickr